Thursday, April 24, 2008

Kenapa tgk filem n denga lagu dr Hollywood??

Kenapa ye?..sy ska tgk filem2 Hollywood n sy ska aktor n aktres dr sana..to name a few, Hugh Jackman, Black Jack..Jessica Alba, Gwyneth Paltrow..n ramai lg la...byk muvi2 bes dr sana..
n lagi..sy jugak sk lagu2 dr sana..Snow Patrol, Paramore, Anna Nalick..even Michael Buble..tp bla difikir fikirkan blk..apa faedahnya?apa yg sy dpt..??

gamba reese witherspoon sekadar hiasan..=p

Emm..org Islam skrang ramai yg hebat melaung laungkan semangat memboikot brg2 Denmark, US n yang terbaru dr Belanda...tp yg diboikot cuma brgn dr sana..Pepsi, Johnson n Johnson, Mcdonald..n byk lg la..cuma, apa yg mengherankan sy la..semangat tu memboikot brg2 je...filem2 n lagu2 Hollywood msh ttp hebat ditonton n didengari..n bkn sj org2 biasa cam sy menonton n mendengar produk2 sana..graduan2 Azhar yg bakal jd alim ulamak d masa dpn nnt pon sy tgk lbeh hebat menonton filem2 dr sana(xda mksd nak memboikot or mengutuk ust2..=p)

Syg seribu kali syg..kalo la org Islam ada industri perfileman yg hebat cam Hollywood sana..mesti xda mslh tuk dpt bajet membantu org2 Islam di tempat2 yg hebat diperangi Amerika skrang..eg. Palestin, Afghanistan, Iraq..etc..mesti byk filem2 yg bleh dibuat tuk menambah rasa cinta kpd Rasulullah SAW n Islam kalo wujud industri perfileman dr org Islam sdr..

Apa yg hebat sgt dgn Hollywood smpai boleh menarik ramai remaja Islam mencintai filem2 dan lagu dr sana??kehebatan sinematorafikah?lyrics yg menarik?(x mgkn..byk lyric merapu ada la)..
so sapa2 bleh bgtau apa hebatnya mereka ni...sla tampil ke depan..

6 comments:

CikguShikin said...

Salam ukhti.

Bukan juga kerana hebatnya mereka tapi juga kerana kita yang telah ditanam dengan perasaan suka akan sesuatu yang bukan milik kita. Untuk peringatan diri sendiri, saya juga lebih suka cerita2 berbahasa Inggeris daripada cerita P.Ramlee. Saya lebih suka membaca cerita sejarah inggeris daripada sejarah melayu atau sirah Nabi. Kesukaan itu tertanam dalam diri sejak kecil. Tapi, saya bersyukur kerana kesukaan itu juga telah membawa saya kepada bencinya saya melihat tingkah mereka yang jijik, dan bencinya saya dengan jalan cerita yang stereotaip (baru jumpa first time tp dh berlebih2, perasan tak kebanyakan cerita omputih plotnya mcm ni?) Cerita sejarah Inggeris yang saya baca juga sekadar menambah benci akan penjajah yang pernah menguasai kita suatu ketika dulu. Tapi, penguasaan itu nyata tidak habis setelah 100 tahun kerana hari ini minda kita masih terjajah.

Tapi, ingin saya nyatakan di sini kontranya ketika saya menelusuri sirah Nabi hinggakan saya merasa tidak kecukupan dengan cerita lepas cerita.

Tanamlah pada diri bahawa mereka itu tidaklah sehebat mana pun untuk diagung-agungkan.malah, kalau tahu, betapa pelakon-pelakon itu kebanyakannya mempunyai masalah sosial yang tidak tertolongkan.

Wallahualam.

CikguShikin said...

Salam ukhti.

Lupa saya nyatakan, sebenarnya tidak salah untuk kita menonton rancangan apa pun selagi kita tidak terpengaruh dengan cerita yang dipaparkan. Apatah lagi jika filem itu mempunyai lebih banyak nilai murni berbanding cerita Melayu sendiri. Saya rasa lebih baik menonton filem Pirate of the Carribean daripada menonton filem Anak Halal keluaran Malaysia (saya tidak sanggup menontonnya, tapi kata Faisal Tehrani: menontonnya suatu kerja lagha kerana ceritanya sia-sia). Jika cerita Melayu itu hanya sekadar berkisar tentang cinta dan masalah sosial dengan adegan-adegan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang Islam, saya rasa lebih baik kita tidak menonton filem sedemikian.

Untuk pengetahuan juga, sebenarnya Amerika menjadikan filem-filem mereka untuk mengaburi mata penonton. Jika anda tahu, lantaran kekalahan dalam Perang Vietnam mereka menghasilkan cerita Rambo yang nyata merupakan seorang superhero dan menggambarkan kekuatan mereka (I read this from somewhere long before, cannot define the source). Filem Black Hawk Down pula katanya sebuah kisah sejarah tetapi sebenarnya askar dari Malaysia juga terlibat dalam perang itu malah turut membantu Amerika tapi tidak dinyatakan dalam filem tersebut. Media mempunyai pengaruh yang sangat besar dan dapat mempengaruhi fikiran dalam masa yang singkat.

mawaddah said...

ooo..cam2..apa2 pendapat n komen diterima..time kaseh eh kak syikin..

Anonymous said...

Wow! hebat. Kata-katanya memang terkesan. Saya pun terfikir perkara ini. Bukan fikir pasal kenapa itu ditonton atau didengar. Semua orang tahu apa jawapannya.

Ya ! cerita mereka best. Tersusun dari babak ke babak. Menarik dengan banyak sebab. Aktor - aktor mereka semua sarat pengalaman berlakon. Dalam perjalanan cerita, pendahuluannya jelas, plot ceritanya juga baik dan klimaks pun tepat pada waktunya. Begitu juga ending yang amat memuaskan.

Apa yang lebih pada saya ialah lakonan mereka sangat spontan dan semulajadi. Apa yang dilakonkan seperti semuanya benar - benar terjadi. Mereka melakonkan sebijik - bijik watak yang dibawa. Tempat lakonan juga memainkan peranan. Begitu juga paras rupa aktor dan kisah cerita yang dipersembahkan. Semuanya membantu citarasa penonton untuk terus meminatinya.

Seperti saya katakan tadi, bukan ini yang saya fikirkan. Tetapi saya fikir bagaimana mengusahakan filem islamic sendiri. Dibintangi oleh orang islam sendiri. Dikelolai oleh pakar - pakar filem kalangan orang islam.

Sebelum ini bukan tiada filem islam muncul. Antaranya yang paling hebat adalah The Message. Cerita mengenai kisah Rasulullah dan da'wahnya dari mula hinggalah baginda wafat.

Tapi kalau dikaji siapa yang mengelolai filem ini ? Semuanya berpusat dibarat. Malah yang membintangi filem itu juga pelakon barat. Siapa tak kenal Anthony Quinn berdarah Mexico dan Irene Papas pelakon wanita berdarah Yunani. Bahkan sebahagian besar pelakon tambahan, jurugambar dan suara latar juga berkatarbelakangkan barat. Boleh kata hanya Musthapa Akkad sahaja seorang yang muslim berbangsa arab. Itupun kerana beliau menjadi pengarah filem itu.

Kesimpulannya, semenjak revolusi eropah hinggalah sekarang semangat mereka masih kental. Maksudnya semangat orang - orang barat. Mereka sudah berkurun lamanya perperang dengan tentera mujahidin. Sekali mendapat peluang menang mereka gunakan sebaik mungkin. Akal diperah hingga ke titisan air terakhir. Dan mereka dah tahu kelemahan umat islam. Caranya mereka dilalaikan.

Sekarang hakikatnya kita masih berperang. Perang psikologi. Perang pemikiran. Perang hiburan. Itulah yang melanda sekarang. Baik buruk memang ada. Semua perkara memang begitu fitrahnya.

Hakikat kedua kita masih dijajah. Entah bila mahu merdeka. Tunggulah bila nanti ada Pusat Perfileman Islam Antarabangsa atau Hollywood Islam di negara arab. Memain peranan penting membebaskan kita semua. Dari rantai belenggu semua ini.

Siapa yang mampu agaknya melakukan perkara besar ini ? Arab tak sudah - sudah dengan ketaksuban kaumnya. Kita orang Malaysia ? Malaysia pun dua kali lima. Tapi semua ini perlukan kuasa. Andai ada kuasa wang dan publisiti. Semua ini boleh dijayakan juga. Sama - samalah fikirkan !

mawaddah said...

komen2 mengalahkan artikel tu sdr..trima kaseh suma!!

Anonymous said...

Bukan mengalahkan cuma menguatkan. Tinggalkan yang keruh ambillah yang jernih.