Tuesday, June 23, 2009

Copy paste...




"Ustaz, apa hukumnya jika baju kita terkena artificial urine? Boleh bawak sembahyang tak?"

"Ustaz, perempuan yang melahirkan anak secara cesarean birth, kena mandi wajib tak?"

"Ustaz, boleh tak ambil wuduk dalam stagnant water?"

"Ustaz, berdosa tak kalau kita tengah belek-belek skull, tiba-tiba je skull tu retak sikit atau pecah?"

******

Terkesima saya mendengar soalan-soalan yang ditujukan oleh sebahagian pelajar-pelajar perubatan di sini.. Nasib baik dalam keempat-empat kes ini, soalan tersebut ditujukan kepada Ustaz Syed Abdul Kadir; ustaz yang saya kira boleh berbahasa Inggeris dengan baik.

Sedangkan boleh saja mereka tukarkan perkataan-perkataan tersebut kepada istilah yang lebih mudah difahami, seperti "air kencing tiruan", "air bertakung", "bersalin secara pembedahan perut", "tengkorak" dan sebagainya.

Fenomena ini bukan sahaja boleh dilihat di kalangan pelajar-pelajar perubatan, malah golongan agamawan juga tidak teragak-agak untuk menggunakan istilah-istilah bahasa Arab yang kurang difahami oleh masyarakat umum Malaysia ketika berceramah:

"Kita perlulah memikirkan bagaimana untuk mentatbiqkan syariah Islamiyah di negara kita.."

"Kira perlulah bersatu dalam mencegah thaghut yang bersarang di dalam masyarakat Islam di Malaysia."

"Marilah sama-sama meng-islah diri..."

"Pemikiran-pemikiran yang berlandaskan maaddiyyah..."

******

Nabi s.a.w. di dalam banyak peristiwa yang berbeza berkali-kali mengingatkan pengikut-pengikutnya supaya berkata-kata mengikut tahap kefahaman mereka yang mendengar. Orang yang bijak sebenarnya bukanlah orang yang boleh bercakap menggunakan bahasa yang bombastik, tetapi adalah mereka yang mampu mengubah laras bahasa mereka dalam bercakap menurut tahap kefahaman orang yang mendegar.

Seorang professor yang bercakap kepada mahasiswa di Universiti, tidak boleh bercakap sama seperti ketika beliau bercakap di dalam persidangan atau seminar kepada professor-professor yang lain.. Begitu juga dengan guru di tadika tidak boleh bercakap dengan anak-anak muridnya di tadika sama seperti dia berbual dengan teman-temannya yang lain.

Sama juga halnya dengan seorang doktor yang sedang menerangkan penyakit yang dihidapi oleh pesakitnya yang tidak mempunyai apa-apa pengetahuan tentang ilmu perubatan.. Bayangkan jika doktor tersebut menerangkan kepada pesakitnya yang batuk atau sakit tekak begini, "Makcik, makcik ni ada infection kat upper respiratory tract makcik.." Masuk akalkah?

*************

Sesetengah orang sengaja meninggikan laras bahasanya apabila bercakap atau menulis, supaya orang melihatnya sebagai orang intelektual, sedangkan apakah manfaat yang diperolehi jika orang yang mendengar tidak faham walau sepatah?

-->dipetik dr http://effysaiful.blogspot.com
terima kasih tuan blog..

5 comments:

Anonymous said...

yerp betul. kadang2 aku x paham jugak bila ada certain bloggers yang guna istilah2 arab utk tulis something yang boleh dikatakan diorang nak berdakwah utk orng. Maybe diorang rasa kalau pakai perkataan2 arab dengan niat dapat bagi maksud yang tepat dlm penyampaian. Tapi org macam aku ni bukan pandai sngt bahasa arab, so bile diorang buat macam ni jadi macam x berapa suka sebab x paham apa yang dorang tulis.

mawaddah said...

herm..kalao dia tulis arab tgglkan mksud xpe gak kan..tp kalo xde mksd, jenuh nak paham la..hehe..so all bloggers out there...pandai2 laa menggunakan ayat n istilah yg mdh dipahami dlm pos2 anda so org yg membaca xjemu n mdh paham malah enjoy dgn apa yg anda cuba smpaikan...=)

Dalila Husni said...

betul la kak piah.rasenya ilmu tu kurang sikit nak sampai kalau certain2 term tak dijelaskan dgn betul

mawaddah said...

btol3...hehehe..sgt setuju..

Anonymous said...

These contact reduces of pandora jewerly diamonds includes; emerald cut diamond, marquise pandora bead cut and little princess minimize. These kind discount pandora of bright reduces for diamonds help pandora sale make those on the first class.One doesn't style, perfect discount pandora beads shine and charm.Women prefer usually jewelry coupled with cheap pandora beads introduced about wedding certainly new pandora beads they wish to have just this contact awkward pandora set most people believe that pandora sets there's basically no evaluation involving cheap pandora sets diamonds after all.