Tuesday, June 23, 2009

Copy paste...




"Ustaz, apa hukumnya jika baju kita terkena artificial urine? Boleh bawak sembahyang tak?"

"Ustaz, perempuan yang melahirkan anak secara cesarean birth, kena mandi wajib tak?"

"Ustaz, boleh tak ambil wuduk dalam stagnant water?"

"Ustaz, berdosa tak kalau kita tengah belek-belek skull, tiba-tiba je skull tu retak sikit atau pecah?"

******

Terkesima saya mendengar soalan-soalan yang ditujukan oleh sebahagian pelajar-pelajar perubatan di sini.. Nasib baik dalam keempat-empat kes ini, soalan tersebut ditujukan kepada Ustaz Syed Abdul Kadir; ustaz yang saya kira boleh berbahasa Inggeris dengan baik.

Sedangkan boleh saja mereka tukarkan perkataan-perkataan tersebut kepada istilah yang lebih mudah difahami, seperti "air kencing tiruan", "air bertakung", "bersalin secara pembedahan perut", "tengkorak" dan sebagainya.

Fenomena ini bukan sahaja boleh dilihat di kalangan pelajar-pelajar perubatan, malah golongan agamawan juga tidak teragak-agak untuk menggunakan istilah-istilah bahasa Arab yang kurang difahami oleh masyarakat umum Malaysia ketika berceramah:

"Kita perlulah memikirkan bagaimana untuk mentatbiqkan syariah Islamiyah di negara kita.."

"Kira perlulah bersatu dalam mencegah thaghut yang bersarang di dalam masyarakat Islam di Malaysia."

"Marilah sama-sama meng-islah diri..."

"Pemikiran-pemikiran yang berlandaskan maaddiyyah..."

******

Nabi s.a.w. di dalam banyak peristiwa yang berbeza berkali-kali mengingatkan pengikut-pengikutnya supaya berkata-kata mengikut tahap kefahaman mereka yang mendengar. Orang yang bijak sebenarnya bukanlah orang yang boleh bercakap menggunakan bahasa yang bombastik, tetapi adalah mereka yang mampu mengubah laras bahasa mereka dalam bercakap menurut tahap kefahaman orang yang mendegar.

Seorang professor yang bercakap kepada mahasiswa di Universiti, tidak boleh bercakap sama seperti ketika beliau bercakap di dalam persidangan atau seminar kepada professor-professor yang lain.. Begitu juga dengan guru di tadika tidak boleh bercakap dengan anak-anak muridnya di tadika sama seperti dia berbual dengan teman-temannya yang lain.

Sama juga halnya dengan seorang doktor yang sedang menerangkan penyakit yang dihidapi oleh pesakitnya yang tidak mempunyai apa-apa pengetahuan tentang ilmu perubatan.. Bayangkan jika doktor tersebut menerangkan kepada pesakitnya yang batuk atau sakit tekak begini, "Makcik, makcik ni ada infection kat upper respiratory tract makcik.." Masuk akalkah?

*************

Sesetengah orang sengaja meninggikan laras bahasanya apabila bercakap atau menulis, supaya orang melihatnya sebagai orang intelektual, sedangkan apakah manfaat yang diperolehi jika orang yang mendengar tidak faham walau sepatah?

-->dipetik dr http://effysaiful.blogspot.com
terima kasih tuan blog..

LEGA...

Lega patho dah pon berlalu..

Hari ms paper kedua patho,(systemic pathology)
sggh, sy putus asa dah xtau nak jwb apa...
berfikir2.."apa lg nak hentam ni??"..
suma dah sy tembak...

smpai sy terlelap kejap..hehehe...
tp bila tgk org laen pon angkat pen ke udara...(sbb dah xtau nak jwb apa..)
sy tau, ramai yg ada perasaan mcm sy..
sy sengih, lega bkn sy sorg..=p

Habes ja lps pengawas amek kertas...
sy mengeluh, apa nak jd laa dgn paper patho sy...
tp bkn sy sorg megeluh...
ramai...
so, sy lega lg...

Sy bincang dgn kwn2...
yg ni ssh, yg tu xleh jwb, soklan ni unexpected...
bla..bla...bla..
suma muka sugul..
tp makan jgk kat luar...
konon2 nak lpskan rasa tensyen...
lega dpt mkn..
kenyang alhamdulillah...

Smbil makan...
sy msg mak...
mengadu laa soalan ssh...
suruh mak mendoakan sy dan kwn2...
mak reply "mak sntiasa doa utk kakak dan kwn2.."
hati rasa tenang...
lega ada yg sntiasa support dlm apa keadaan pon...
tq mak...

Balik umah...
sy semayang...
mohon mudah semuanya...
mohon di beri kejayaan...
dalam hati..
bersyukur, wpon byk yg sy x boleh jwb..
tp alhamdulillah, ada jgk yg boleh sy isi jwpn wpon x sempurna...
lega, ada yg sudi mendengar segalanya..

Apa2..pon, yg berlalu biarkan berlalu..
sy yakin, Dia akan membantu...
sy n rakan2 dah berusaha sedaya upaya...
insyaAllah...
ada rezeki ada laa..

p/s-->meh kita sm2 doa...utk kejayaan bersama..

Sunday, June 7, 2009

Perlu...


Perlu berubah...
dari segenap segi dan ceruk..
tp mcm mana??

~~~~~~~~~

Saturday, June 6, 2009